Gelang Tangan Tupai 999 Dan 916

Gelang Tangan Tupai 999 Dan 916
Harga Jauh Lebih Murah Dari Harga Semasa Dan Harga Di Ar-rahnu

SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG KAMI....

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung EMASKAJANG, saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan WEBSITE EMASKAJANG bagi tahun 2011... SEMOGA SEGALA USAHA KITA DI BERKATINYA....AMIN..

Monday, January 2, 2012

MEMBELI EMAS DAN MEMBUAT PELABURAN

MEMBELI EMAS
KILK DISINI UNTUK JUAL EMAS


Kami diemaskajang membeli emas dengan harga tertinggi dan membeli surat pajakan ar-rahnu dengan konvensinal,kepada yang berminat ingin menjual emas kepada kami di emaskajangtrading kami berada di kawasan bandar besar kajang(no 42,ting.1 jalan sulaiman 43000 kajang selangor)untuk pertanyaan sila hubungi 
AZAM 016-275 2000


Menjual emas bukan hanya kepada yang miskin sahaja menjual emas terbuka kepada semua yang ingin menjual membuat modal berniaga atau membuat modal pelaburan dan sama dengannya.....


Kepada penjual hendaklah berhati-hati ketika ingin menjual pastikan pembeli emas berlesen dan boleh dipercaya dan yang paling penting pembeli emas ada resit pembeli atau penjual....


Kami membeli emas di area kajang kedai kami berlesen dan ada menyediakan resit membeli emas anda dan kepada pelanggan sila kunjungi lokasi kedai kami di kajang untuk menjual emas anda dengan selamat dan selesa.pekerja kami diemaskajang bersedia membantu anda yang bermasalah keuwangan.


Kepada pelanggan yang dihargai kami membeli emas jenis 999.9 (GOLDBAR),999,916,835,PAUN,750,585,DAN EMAS PUTIH(750,375)
Sekiranya emas anda ada memiliki resit pembelian kami akan membeli emas anda dengan harga terpakai tambah 2% dari contoh:-
sekiranya harga terpakai 
RM130+2%=RM132.6(Pergrm)
Sekiranya anda ingin menjual surat pajak yang ada dikedai pajak konvesional dan ar-rahnu
contoh kami beli:-
nilia pinjaman anda
rm1500 tambah dengan bunga 2%
berat barangan anda 21.12
baki yang pelanggan akan dapat hanya 30% dari harga terpakai 
cara mengiranya rm1500+2%=rm1530 bahagidengan berat lihat pergram 21.12=rm72.44(pergram),
rm72.44 * dengan harga terpakai rm130(pergram)=baki anda rm57.55(pergram) anda cuma darap(*) dengan berat barangan anda 21.12=baki yang anda akan dapat rm1215.60sen ini contoh menjual surat pajak sebarang pertanyaan sila hubungi no,diatas....


MEMBUAT PELABURAN
KILK DISINI UNTUK MELABUR



Kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. 

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). 

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

PENGEDAR DI PERLUKAN SEGERA..!! DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA..!!

Tarikh: 2011-12-15
YURAN PEGEDAR : RM500.00 SAHAJA....

KELEBIHAN PENGEDAR :
1. LAYAK MENERIMA DISKAUN SEBANYAK 8% DARI HARGA PELANGAN YANG DI PAPARKAN DI HADAPAN WEBSITE KAMI
2.KAMI BELI BALIK SUSUT NILAI HANYA 5% - 6% SAHAJA DARI HARGA PENGEDAR
3.PENGEDAR PERKENALKAN PENGEDAR DAPAT INSENTIF RM100.00
4.BELAJAR ILMU MEMBELI EMAS TERPAKAI PERCUMA..!!
5.LAYAK MENERIMA BONUS BULANAN BAGI PENGEDAR YANG MEMBUAT JUALAN TERTINGGI..!!
6.PENGHANTARAN PERCUMA !!! UNTUK 200 GRM KE ATAS
7.IKLAN ANDA DI AKBAR ( bagi pengedar yang paling tinggi jualanya..sahaja)

TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT

Sebarang pertayaan sila hubungi : en Azam 017-3076786

Tuesday, December 27, 2011

Ingin Melabur EMAS tetapi kekurangan modal & ilmu ?

Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam(perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati?




Kejatuhan nilai Fiat Money(wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar2 ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan seagama dengan kita. Rata-rata pelanggan yang saya temui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkanny. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika membeli/jual di kedai-kedai emas konvensional.


Dengan itu kami di EMAS KAJANG TRADING ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Stok barang emas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas(Fiat Money) anda menyusut kerana inflasi yang melanda dunia.

DEFINASI EMAS BARU /DEFINASI EMAS TERPAKAI

BBV
Salam & selamat sejahtera dari pada (emaskajangtrading)

Kpd sesiapa yg berminat menjual emas terpakai, bolehlah menghubungi saya 
EN:Azam 016-275 2000(Email=Emaskajang@gmail.com) kawasan Lembah Klang, Kajang, Bangi, Nilai, Seremban & sekutu dgnnya.Harga yg ditawarkan adalah bpatutan & boleh dirunding. 

Harga adalah tertakluk kepada Harga semasa.Anda akan dimaklumkan melalui e-mail atau telefon utk final price.Setelah persetujuan diterima, barulah urus niaga akan diteruskan.

Harga emas masih belum naik sepenuhnya,masih ada peluang untuk kita beli & simpan untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang.ketahui teknik2 menjana keuntungan melalui pelaburan emas yg anda miliki.mendapat kerjasama daripada bank2 & ar-rahnu2 di selangor,kuala lumpur,pahang,johor,perak,perlis,melaka,pulau pinang,dan kedah.....

Friday, December 23, 2011

'Contohi semangat Harimau Muda'

SELEPAS aksi cemerlang yang dipamerkan Harimau Muda ekoran kejayaan mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 di Jakarta pada November lalu, tumpuan kini mula teralih kepada Harimau Malaya.




Selaku tuan rumah Piala AFF Suzuki bersama Thailand pada kejohanan edisi kesembilan itu tahun depan, cabaran getir bakal menanti pasukan negara selaku juara bertahan.


Skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh jurulatih berkaliber negara, Datuk K. Rajagobal telah berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun apabila muncul juara kejohanan dwi-tahunan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean itu bermula 1996 yang kini dikenali sebagai Piala AFF Suzuki.


Sebelum ke pentas final kejohanan edisi lalu, pasukan negara tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan namun kembali bangkit membenam Laos 6-0 dan mengatasi Thailand 2-1.


Namun, ia tidak sesekali mematahkan semangat pasukan negara yang sememangnya memiliki karakter sebagai jaguh Asean selepas menumpaskan seteru utama, Indonesia menerusi agregat 4-2 pada perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur (3-0) dan Jakarta (1-2).


Namun bagi Rajagobal, beliau tidak mahu barisan pemainnya terlalu lena dibuai mimpi indah dengan kejuaraan yang diraih pada edisi kelapan itu.


Jelasnya, kejayaan lalu sekadar perangsang dalam membina kejayaan pada musim hadapan dan dia mahu anak-anak buahnya mencontohi sifat pasukan 'adik', Harimau Muda di atas prestasi cemerlang ketika beraksi di Sukan SEA lalu.


"Saya akui kejayaan muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki merupakan satu kenangan manis tetapi selaku juara bertahan, kami terpaksa berkerja dengan lebih keras dan gigih untuk mempertahankan reputasi tersebut.


"Mempertahankan kejuaraan adalah lebih susah jika dibandingkan merebut kejuaraan di mana setiap pasukan akan memberikan tentangan habis-habisan untuk merampas gelaran juara dari kami.


"Jadi, saya mahu barisan pemain saya mencontohi skuad kendalian Ong Kim Swee itu yang beraksi dengan cemerlang untuk melakar kejayaan pada Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini.


"Mereka (Harimau Muda) bukan sahaja berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah namun dalam masa yang sama, mereka telah menunjukkan kekuatan fizikal dan mental meskipun beraksi di gelanggang lawan yang sentiasa memberi provokasi terhadap skuad negara.


"Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan status juara Piala AFF Suzuki pada tahun lalu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.


Ditanya mengenai prestasi skuad Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan menentang India pada pertengahan November lalu, Rajagobal melahirkan rasa bangga dengan komitmen yang dipamerkan oleh semua pemain.


Meskipun skuad negara sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sebelum tewas 2-3 pada aksi kedua, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan beberapa muka baharu yang diserapkan dalam skuad kendaliannya itu.


"Jangan terlalu cepat kritik kepada pasukan kami. Saya membawa tujuh pemain yang tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa tetapi masih mampu memberikan saingan sengit kepada India. Saya mahu membuka ruang dan peluang kepada pemain-pemain ini untuk membina kombinasi mantap dalam pasukan. Keputusan perlawanan bukan ukuran tetapi pengalaman yang diraih perlu dimanfaatkan," ujarnya.

Kuasa peserta wanita

Akhirnya, hanya dua peserta wanita iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md. Akhir (Mafa) layak ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) sekali gus mengenepikan seorang lagi peserta, Azmarul Azuan Harun (Azmarul) dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung pada minggu lalu.




Kemaraan dua peserta wanita ke peringkat akhir sudah dapat diramal berdasarkan persembahan yang mereka berikan pada minggu lalu. Asmidar mara dengan mudah apabila mendapat undian tertinggi sebanyak 58 peratus selepas persembahan menariknya menerusi dua buah lagu, Can’t Take My Eyes Of You dan Bagaikan Sakti duet bersama Bob AF.


Sebaliknya, Mafa yang mendapat undian sebanyak 48 peratus dan Azmarul 43 peratus terpaksa berentap dalam peringkat Battle menerusi lagu yang sama iaitu Awan Nano dendangan asal penyanyi Hafiz.


Berdasarkan persembahan peringkat Battle itu, dua juri tetap Erra Fazira dan Azmeer sebulat suara memilih Mafa sebagai peserta yang layak ke peringkat akhir. Azmarul yang mendendangkan lagu Dua Insan duet bersama Wana dan Terima Kasih Cinta terpaksa akur dengan pilihan juri.

NFC digeledah

KUALA LUMPUR – Kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa mempunyai elemen penyelewengan membabitkan dana kerajaan berjumlah RM250 juta mencapai kemuncaknya apabila pejabat NFC di Solaris Mont Kiara di sini digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.




Lapan pegawai SPRM memasuki pejabat NFC pada pukul 2 petang dan meninggalkan pejabat itu pukul 5 petang.


Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Saleh mengesahkan SPRM membuat pemeriksaan dan merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam NFC.


“Sepanjang berada di pejabat NFC, kakitangan di pejabat itu memberi kerjasama yang baik,” kata beliau.


Bagaimanapun, Wan Abdul Rahman enggan memberi komen lanjut berhubung siasatan kes itu.


NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Peneroka dapat bonus insentif

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, iaitu kadar yang sama seperti tahun lepas.




Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.


Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan Felda pada akhir bulan ini.


"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing," kata Najib.


Beliau berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil mereka dari Januari hingga Oktober tahun ini.


Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan/hektar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...